...JoM...

15 October 2011

...Tanda-tanda Lelaki Merajuk...

Hye uols...
ari nie cik uyun nak kongsi tentang tanda-tanda lelaki merajuk...tak sangka lak yg lelaki pun bleh merajuk ek..ok la..jom kite bace..cik uyun pun share dari kengkawan nie...



1. Diam Seribu Bahasa
Si dia berdiam sehaja sepanjang bersama anda. Walaupun anda bercakap dengannya, dia hanya mengiakan atau mengganggukkan kepala sahaja. Dia sedikit pun tidak akan melayan anda seperti sebelumnya. Jika ianya berlaku, memang sahlah yang dia merajuk dengan anda.

2. Buat Tidak Tahu
Si dia akan buat tidak tahu tentang anda. Jika anda meminta pertolongan daripadanya seperti mengemas meja, dia akan lakukan acuh tidak acuh atau peling teruk, buat-buat tidak dengar. Ini adalah tanda protes paling teruk kerana ia bukan sahaja membuatkan anda geram tetapi juga meletakkan anda seolah-olah tidak wujud di hadapannya.

3. Menolak Untuk Makan Bersama
Orang lelaki yang merajuk biasanya tidak mahu berhadapan atau bertentang mata dengan pasangannya. Jadi, anda akan tahu sekiranya kekasih hati anda menolak untuk makan bersama atas pelbagai alasan.

4. Masam Muka
Ini adalah salah satu tindakan yang paling menggeramkan. Sudahlah tidak bercakap, si dia tarik muka pula. Kononnya, tidak puas hati dengan anda. Jika orang merajuk, memang beginilah sikapnya.

5. Baca Surat Khabar
Antara tabiat orang lelaki ialah gemar membaca surat khabar. tetapi jika satu surat khabar dibaca berulangkali tanpa sebab, maknanya jiwanya tidak tenteram dan ada sesuatu yang mengganggu dirinya. Lebih-lebih lagi jika hari sudah lewat malam pun, dia masih membelek surat khabar tanpa menghiraukan anda.

6. Menonton Televisyen Hingga Larut Malam
Dia akan menonton rancangan TV sehingga larut malam walaupun rancangan tersebut bukan rancangan kegemarannya. Matanya terus ke televisyen tetapi hatinya ke lain. Anda harus peka jika si dia bersikap begini.

7. Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tidak akan memaklumkan anda ke mana dia pergi. Ingin menunjukkan protes kononnya. Anda pula jangan mendesaknya untuk menjawab pertanyaan anda kerana sudah pasti si dia akan buat tidak tahu sahaja.

8. Matikan Telefon Bimbit
Ini juga tabiat lelaki kerana si dia tidak suka diganggu di saat perasaannya sedang marah atau terganggu. Untuk mengelakkan anda mengganggunya, dia akan mematikan telefon bimbit dan memberi alasan kehabisan bateri. Alasannya mudah iaitu tidak mahu mendengar suara anda yang dikhuatiri akan menjadikan dia lebih marah dan juga dia ingin mencari ketenangan.>>> bukan setakat wanita sahaja ada tanda2 merajuk lelaki juga ada tau...

>> so gurlz yg kat luar sane tue watch out..jgn sampai lelaki yg rapat ngan anda merajuk ye...^_^....<<<

14 October 2011

...LaGu UnTuK KaMi...

hye uols!! heheh...
newey sesaje nak post setelah beberapa lame tak post..haha pdahal bru 3 ari jek kan..hehe..
sesaje nak share lirik lgu..lagu nie di dedicate oleh kawan cik uyun kat FB..hehe..newey thanx topek...

Bryan Adams

(Everything I do ) I Do It For You

Look into my eyes, you will see
What you mean to me
Search your heart, search your soul
And when you find me there, you'll search no more
Don't tell me it's not worth tryin' for
You can't tell me it's not worth dyin' for
You know it's true
Everything I do I do it for you

Look into my heart, you will find
There's nothin' there to hide
So take me as I am, take my life
I would give it all, I would sacrifice

Don't tell me it's not worth fightin' for
I can't help it, there's nothin' I want more
You know it's true
Everything I do I do it for you
There's no love like your love
And no other could give more love
There's nowhere unless you're there
All the time, all the way
Don't tell me it's not worth tryin' for
I can't help it, there's nothin' I want more
I would fight for you, I'd lie for you
Walk the wire for you, yeah, I'd die for you

You know it's true
Everything I do I do it for you


jom la layan lagu nie..heheheh....k la uols..t kite cite2 lagi..bnyak nak share ngan uols...bye2..sayonara...

11 October 2011

...layan perasaan sgt...

...ish2..lame dah cik uyun tak berceloth kan...semalm mase ngah ddk lyn jiwang sesorang tibe2 terdengar lgu nie.
"Aqasha- Cahaya Hati"

Dunia seakan berganti
Menyambut hadirku disini 
Nyanyian ombak bersaksikan 
Percintaan kita berdua
Biar hujan turun membasahi  diri
Tetap saja diriku milikmu
Biar ribut merebah aku ke bumi
Cintaku hanya satu untuk mu
Ohhhh..
(korus)
Kau kekasih yang kurindui
Hanya dikau cahaya di hati
Kau kekasih kau yang ku sayangi
Cinta kita abadi selamanya
Dengar...sayang 
Bisik cintaku hanya padamu
Ohhh....Ohhh
Desiran angin telah mengerti
Ke mana rinduku kan pergi
Demi kerana cinta ini
Yang kian semarak mnyala-nyala
Bawakan lah rinduku kepadanya
Biarkan wajahku di hatinya
Bawakanlah cinta ku kepadanya
Katakan cinta kita 'kan abadi
Ohh...
(ulang korus)
Ohh...hanya kau kekasih ku
Cintaku hanyala untuk mu selamanya
ohhh...ohhh...



bile dengar lagu nie jek..tetibe jek wat cik uyun nangis huhuh..ntah pape jek..biase la kalo layan kpale sengsorang kat bilik nie kan..ermm nie sume ade kaitan ngan weekend lepas la nie..tu yng jadi mcm nie..aish..ntah pape jek...ssh tol la kalo dok jauh2 nie..aishhh...eh2 cik uyun nie mngeluh plak..allah paling maraj hamba2 yang mngeluh ni kan..astagfirulllah al azim..ape la cik uyun nie...


04 October 2011

...GeLaGat CikGu DaN mUrId...

Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
... Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah la pandai!
Murid : Betul la bodoh!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar)
Murid: ^_^ ^_^ Hahaha..